Merpati sejoli

Sunday, July 15, 2012

Batu hempedu...gallstone org Putih sebut..

Batu hempedu .... Cecair Hempedu yang dihasilkan oleh hati berfungsi membantu menghadamkan kemasukan lemak daripada usus ke dalam saluran darah. Cecair yang dihasilkan ini akan disimpan dalam pundi hempedu untuk dipekatkan dan hanya dipam keluar apabila diperlukan. Rasa sakit apabila ketulan batu yang terbentuk di dalamnya tersekat pada leher pundi hempedu atau saluran sistik dan menghalang aliran cecair hempedu. Gerakan pundi hempedu yang cuba menolak batu keluar menyebabkan rasa sakit memulas. Batu hempedu boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu batu pigmen,kolesterol, kalsium bilirubinat dan batu campuran. Batu pigmen berwarna hitam dan coklat manakala batu kolesterol yang berwarna putih biasanya dihidapi pesakit yang mengamalkan pemakanan berkolesterol tinggi. Batu hempedu boleh terbentuk akibat amalan pemakanan yang pemakanan kaya lemak dan kolesterol. Golongan berisiko biasanya membabitkan wanita gemuk berumur 40 tahun ke atas. Bagaimana pun ia juga boleh berlaku di kalangan remaja yang disebabkan masalah penyakit berkaitan darah. Menurut Dr Haron, pembentukan batu hempedu juga boleh disebabkan jangkitan kuman pada hempedu, penyakit yang membabitkan hati seperti sirosis, paras kalsium tinggi di dalam badan dan penyakit darah. Kegagalan pundi hempedu berfungsi dengan sempurna dan tidak boleh mengepam keluar semua cecair hempedu pada satu-satu masa juga menyumbang kepada masalah ini. Baki cecair hempedu yang tertinggal akan menjadi semakin pekat dan membentuk kristal sehingga akhirnya menjadi batu kecil. Malah, golongan yang ingin menurunkan berat badan sama ada mengambil pil kurus atau diet mendadak juga mempunyai risiko tinggi mengalami masalah batu pundi hempedu. Kata Dr Haron, warna batu bergantung kepada punca dan saiz bukan penentu rasa sakit kerana walaupun halus seperti pasir tetapi ia boleh mendatangkan masalah apabila ia menyekat aliran. Ada kala, batu melekat pada leher pundi hempedu akan menyebabkan komplikasi iaitu peradangan pundi hempedu dan bengkak. Bahayanya, jika radang ini berterusan menyebabkan jangkitan dan kandungan pundi hempedu menjadi bernanah dan boleh membawa maut sekiranya ia pecah. Jangkitan Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, badan masih boleh mengawal pundi hempedu daripada terkena jangkitan walaupun lehernya tersumbat dan keadaan ini dipanggil mucocoele pundi hempedu.Apabila batu hempedu ini terjatuh ke dalam saluran hempedu ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.

No comments:

Post a Comment