Merpati sejoli

Wednesday, July 3, 2013

Cake marble Nutella .



Kek Marble Nutella

Bahan-Bahan
1 1/2 cwn mentega
2 1/2 cwn tepung Hong Kong/tepung gandum di ayak.
1 1/2cwn gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla.
secukup Nutella utk disapu

Cara:
1) Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
2) Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
3) Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4) Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5) Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6) Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7) Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 170darjah C selama 45mnt
8) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.
Nota :
1) Yg saya buat ialah adunan di bahagi 3 bahagian. 1 bahagian di bubuh serbuk koko dan sedikit pewarna coklat. Yg lagi 2 bahagian tu saya biar plain. Kemudian saya bubuh 1 bahagian plain dan ratakan. Pastu, saya bubuh bahagian cokelat pula. Last sekali saya bubuh yg plain, Then saya gunakan chopsticks dan buatkan lorekkan ke seluruhan adunan. Kalau nk ada design di permukaan, tglkan sedikit adunan cokelat dan bubuh dipermukaan sebelum di buat lorekan ya. Harap maklum..
2) Kek akan menjadi lebih lembut dan moist jika ia di makan sekurang2nya 1 hari selepas dibuat.

Cake cheese snow .



KEK CHEESE BERSALJI

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong@tepung gandum di ayak.
60 gram tepung jagung .
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)



UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
 1 cawan susu pekat (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)



UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)



Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Sunday, June 23, 2013

Tbsp And tsp


tbsp and tsp?


memenuhi permintaan pembaca yang ingin tau apa maksud tbsp dan tsp dalam kebanyakkan resepi. tsp=sudu teh/sudu kecil. tbsp=sudu makan/sudu besar. maap kalau silap pengetahuan..

Sukatan yang bawah nih tanya ngan pakcik google. kalau tak paham gak, kene tanya pakcik google lagi la jwabnya! hihihi
  • 3 Teaspoons = 1 Tablespoon
  • 4 Tablespoons = 1/4 Cup
  • 5 1/3 Tablespoons = 1/3 Cup
  • 8 Tablespoons = 1/2 Cup
  • 10 2/3 Tablespoons = 2/3 Cup
  • 12 Tablespoons = 3/4 Cup
  • 1 Cup = 8 Fl. Ounces
  • 1 Cup = 1/2 Pint
  • 2 Cups = 1 Pint
  • 4 Cups = 1 Quart
  • 4 Quarts = 1 Gallon
  • 2 Tabelspoons Butter = 1 Ounce
  • 1 Stick or 1/4 Pound Butter = 1/2 Cup
  • 1 Square of Chocolate = 1 Ounce
  • Juice of 1 Lemon = 3 Tablespoons
  • Grated Peel of 1 Lemon = 1 Teaspoon
  • Juice of 1 Orange = About 1/3 Cup
  • Grated Peel of 1 Orange = 2 Teaspoons
  • 1 Medium Onion (chopped) = 1/2 Cup
  • 1 Medium Apple (chopped) = 1 Cup
nih cawan metrik yang hana gunekan dalam mana2 resepi utk sukatan yg lebih tepat

di leraikan satu persatu.. 1/4 cawan, 1/3 cawan, 1/2 cawan dan 1 cawan
yang nih lg banyak
ini utk sukatan dua cawan. satu cawan bersamaan 250ml. tp depends juga sbb ader cawan yang 220/230ml sahaja. yg 200ml pong ader juga! kadang makcik pong fenin juga.. hahaha