Merpati sejoli

Wednesday, March 17, 2010

INFO TENTANG TEPUNG DAN BAHAN BUAT KEK..

Baking ingredients
[b]Tepung / flour[/b]
Ada banyak jenis tepung di pasaran. Di antaranya tepung serbaguna, tepung rendah protein dan tepung berprotein tinggi dan bermacam2 lagi.

[b]High protein flour atau kat sini panggil tepung roti. [/b]
Tepung ni gluten tinggi dan dah ditambah 慴romated��pelembut . Tetapi mengikut Puan Noraini Zakaria dalam majalah Saji bulan May 2008, pelembut yg dicampur xcukup jadi perlu ditambah ketika menyediakan roti supaya roti bertambah lembut dan berkualiti. Beliau juga menyenaraikan brand tepung roti dlm pasaran seperti cap bangau, cap timbang,cap diamond dan gunung mas. Kat sabah/ Sarawak cap kuda.Cara penyimpanan letak dalam bekas kedap udara .

[b]Tepung kek/ cake flour[/b]
Dihasilkan dari soft wheat jadi menghasilkan kek yang ringan dan lembut. Penting untuk kek seperti Sponge and chiffon. Tetapi tepung biasa juga boleh digunakan bagi menggantikan tepung kek. Cara penggunaannya
1 cawan + 2 sb tepung kek = 1 cawan tepung biasa

[b]Tepung naik sendiri /self raising flour[/b]
Tepung serbaguna yang siap dicampur dengan baking powder,baking soda dgn garam. Boleh menggantikan tepung sebaguna untuk quick bread recipes tetapi tdk lg perlu campurkan baking soda and poawder and salt. Quick bread tu bermaksud jenis2 roti yg tak guna yeast mcm corn bread.

[b]Tepung Beras/ rice flour[/b]
Dihasilkan dari beras dan digunakan dalam pembuatan kuih2 tradisional seperti baulu beras, akok, apam kuah dan bermcm lg. Juga digunakan untuk membuat Chinese carrot cake (kuih lobak). Biasanya dijual dalam pek 500gm.

[b]Tepung beras pulut/ glutinous rice flour[/b]
Menghasilkan doh lebih elastic dari tepung biasa. Digunakan untuk kuih2 tradisional melayu seperti buah Melaka.Biasanya dijual dalam pek 500gm.
Tepung terlalu banyak jenis biasanya tepung istimewa mcm wheat,oat, graham adalah jenis tepung yang dicampurkan dgn bahan2 tersebut.

Contohnya

[b]Tepung graham[/b]

Tepung graham adalah tepung gandum yg dicampurkan dgn kulit bijiran(bran) wheat berry yg di cipta oleh Dr. Graham Sylvester Graham , awal abad ke 19. Ianya dipercayai boleh mengawal perangai tak sabar dan cepat marah (intemperance).

[b]Tepung suji/ semolina flour[/b]

Warna kuning pucat. Suji dihasilkan drp 'hard durum wheat'( nak tahu lbh lanjut refer kat Durum - wikipedia). Biasanya digunakan untuk buat pasta dan makanan mediterranean.
[b]Corn meal[/b]
Tepung yan dihasilkan drp biji jagung berwarna kuning, putih atau biru. Jika dicampurkan kedalam adunan untuk membuat roti akan menghasilkan roti yang agak kering dan sedikit manis.
coarse yellow cornmeal digunakan untuk membuat polenta.

[b]Corn flour[/b]
Tepung yang dihasilkan dari biji jagung yang dikisar halus.

[b]Cornstarch[/b] / kat malaysia panggil tepung jagung
Dihasilkan daripada bhg tengah jagung ( endosperm). Tekstur dia halus, silky dan digunakan sebagai pemekat dan boleh jga digunakan untuk meringankan tepung semasa membuat pastry.

[b]Masa harina[/b]
Corn meal yang dihasilkan daripada biji jagung yg telah direndam didalam air kapur ' lime water' sebelum dikeringkan. Bahan utama dalam pembuatan tortilla.
[b]Pemanis /sweetener[/b]

[b]Gula / granulated sugar[/b]
Memang bahan penting dalam semua bende. Dihasilkan drp tebu.

[b]Gula perang / brown sugar[/b]
A less refined form of sugar cane . Ada rasa yg istimewa dan sedikit lembab. Ada 2 jenis - dark dgn light. Yang gelap tu rasanya lebih kuat jika dibandingkan dgn yg jenis light.
Boleh digantikan dgn gula biasa. Tetapi bagi membuat caramel sauce xboleh berganti disebabkan rasa dan warna yg dihasilkan oleh gula perang penting.
Jika nak guna brown sugar bagi menggantikan gula biasa dlm resepi yg menggunakan baking powder/soda hendaklah dimasukkan lebih 1/4 tsp baking soda bagi setiap 1 cwn brown sugar.
[b]Gula aising/ Powdered sugar[/b]
gula yg dikisar halus dan ditambah tepung jagung bagi menghalangyan drp berketul. Direkomen tapiskan dahulu sebelum digunakan. kalau tak berketul2 dlm adunan. Tak boleh menggantikan gula didalam resepi ape2 pun. Penggunaan buat icing, taburkan atas cake ... untuk perhiasan

[b]Madu/honey[/b]
Manis drp gula. Jika digunakan dalam resepi akan menambah kelembapan dan menghasilkan rasa yg tersendiri.

[b]Corn syrup[/b]
kemanisan dia kurang separuh drp gula. Terdapat dalam dua jenis light and dark form. Yang gelap --rasanya lebih kuat.

Tuesday, March 9, 2010

KOLEKSI GAMBAR MASAKAN KU..


masak geram asam...

Puding Caramel Lapis Coklat

PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.
resepi dari k.liza..

RENDANG ARNAB..

donat hasil tanganku.

cucur udang..

ayam masak cili padi..


brownies coklat...


kek kukus buah-buahan..


cup cake cheese..