Merpati sejoli

Wednesday, September 15, 2021

Resepi kuih bakar pandan

 Assalamualaikum,

Kongsi Resepi yang pernah saya buat menjadi.



Resepinya:-

Tepung 2 cawan*

Santan 2cawan (pekat ye)*

Air pandan 1 cawan*

Gula 1 ke 2 cawan ikut kalau suka manis letak 2 nak sedang2 letak 1 memadai.*

Telor (Gred B 3 biji) (Gred AA 2 biji)*

Bijan

Pewarna hijau (jika perlu)

Bahan yg bertanda*

Satukan dalam blender bland sahaja


Tips:-

Untuk kuih bakar tahan lama santan di masak dahulu atas dapur api perlahan bila mendidih matikan jangan sampai pecah minyak.Sebelum nak mula kan membakar acuan wajib  sapu minyak dahulu ye kemudian  panaskan terlebih dahulu, keluarkan baru masukkan adunan yg telah di blend tadi isi penuh2, Kemudian boleh terus taburkan biji bijan

Bakar 50minit kepanasan 180c atau sehingga masak.