Merpati sejoli

Sunday, October 31, 2010

kenali wanita melalui zodiak

WANITA TANAH


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo(24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

*
seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*
Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*
Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*
Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*
Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*
Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API


Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac-20 April), Leo(24Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).


*
Dilahirkan sebagai pemimpin
*
Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*
Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*
Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*
Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*
Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*
Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*
Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN


Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).


*
Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*
Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*
Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*
Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*
Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*
Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*
Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR


Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).


*
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

wangian buat anda ceria

Semburan Wangian Buat Anda Ceria

CAPRICORN 21 Dis - 19 Jan

Ketenangan adalah jiwa anda dan sabar adalah sifat anda. Mempunyai tekad yang kuat untuk mencapai kejayaan dan pilihan wangian yang sesuai untuk anda adalah aroma lembut dari bunga jasmina dan ylang-ylang. Ini akan memberi ketenangan kepada anda.

AQUARIUS 20 Jan - 18 Feb

Anda seorang yang pandai membuat andaian, sangat berbakat dan cergas sepanjang hari. Pilihan wangian dari aroma tumbuh-tumbuhan dengan kesegaran citrus dan musk membuatkan anda lebih relaks dan stabil.

PISCES 19 Feb - 20 Mac

Sifat anda sangat pemalu, kreatif dan peka. Diimbangi dengan sifat mudah bergaul dan penuh dengan daya penarik. Gabungan aroma hijau dan tumbuh-tumbuhan membuatkan anda lebuh yakin dan percaya pada diri.

ARIES 21 Mac - 20 Apr

Anda seorang yang berani, bercita-cita tinggi dan percaya pada kebolehan diri. Aroma wangian yang segar dengan gabungan citrus dan musk menjadikan anda lebih bertenaga.

TAURUS 21 Apr - 20 Mei

Penyabar, bersifat terbuka dan percaya pada diri menjadikan anda seorang sahabat yang mudah berkongsi rahsia. Selain itu, anda juga bersedia dalam apa juga keadaan. Daya pemikat anda jelas apabila digabungkan dengan wangian bunga-bungan.

GEMINI 21 Mei - 20 Jun

Pandai berjenaka, perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru. Jadi, wangian dari aroma tumbuh-tumbuhan dan musk mampu meningkatkan kadar tumpuan anda pada sesuatu pekerjaan yang anda lakukan.

CANCER 21 Jun - 22 Julai

Jiwa sentimental, kental dan sering memberi pengaruh yang kuat pada emosi anda. Anda juga seorang yang sensitif dan agak pemalu. Jadi, wangian berasaskan buah-buahan dengan gabungan citrus dan musk membuatkan anda merasai damai dan dapat meningkatkan semangat dalam diri.

LEO 23 Julai - 22 Ogos

Disebalik penampilan anda yang garang, terselit sifat kasih sayang dan pemaaf. Anda juga berjiwa pemimpin dan peribadi yang terbuka. Kadang-kadang timbul perasaan kurang yakin pada diri. Semburan yang segar seperti Fresh Spicy Fourgere akan meningkatkan kepercayaan pada diri anda.

VIRGO 23 Ogos - 22 Sept

Disebalik ketenagan anda, tersimpan sifat dingin. Malahan, kawan-kawan sekeliling memahami anda sebagai seorang yang bekerja keras. Dengan sentuhan wangian citrus dengan wangian oriental dapat meningkatkan semangat dan menjernihkan fikiran anda.

LIBRA 23 Sept - 22 Okt

Anda sentiasa bersiap sedia dengan segala situasi yang akan berlaku dan sentiasa seimbang dalam menjaga keharmonian serta keperibadian. Paduan haruman citrus dan lime akan membuatkan anda stabil dan mengurangkan masalah murung yang anda hadapi.

SCORPIO 23 Okt - 22 Nov

Anda seorang yang bekerja kuat, mampu menganalisis keperibadian orang lain dan aktif. Oleh itu, haruman yang berdasarkan fresh floral dari ylang-ylang dapat melegakan fikiran dan mengatasi masalah ketidakstabilan emosi yang anda hadapi.

SAGITARIUS 23 Nov - 22 Dis

Walaupun anda seorang yang keras hati dan suka membuat tanggapan pada orang lain tetapi anda seorang yang terbuka, jujur, kelakar dan suka melakukan sesuatu yang baru. Jadi, wangian dari tumbuh-tumbuhan dan citrus dapat membuatkan anda lebih optimis.

sifat lelaki mengikut zodiak

Sifat Laki-laki Menurut Zodiak
Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang?
Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Aries

Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus

Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini

Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer

Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo

Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo

Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra

Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio

Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius

Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn

Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius

Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces

Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Monday, October 18, 2010

tentang bulan kelahiran

Siapa AqUaRiUs (20 Januari hingga 18 Febuari )
Monday, September 13, 2010 3:27 PM
AQUARIUS SEPINTAS LALU


Lambang Gelombang (Alur air)
Kunci Kata Kemanusiaan
Kekuatan Keunikan dan wawasan
Perlu Perbaiki Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi
Cepat Mesra Dengan Gemini
Perlu Belajar Daripada Leo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Taurus
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Scorpio
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Capricorn dan/atau Libra
Warna Kesukaan Biru Kilat dan/atau Kelabu
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Emas dan/atau Oren
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Warna Air (Aqua)
Batu Permata Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam
Logam Plumbum
Bau-bauan Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik Sabtu




AQUARIUS: YANG RASIONAL


Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.


Ciri Negatif


Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO danSCORPIO.




AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !


Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).


Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.


Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.


Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.



AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN


Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.


Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.
Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.



AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA


Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.
Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.


Siapa ARiEs ( 21 Mac - 20 April )
Monday, September 13, 2010 3:25 PM
ARIES SEPINTAS LALU



Lambang Biri-biri Jantan
Kunci Kata Diri Sendiri
Kekuatan Wira Cabaran
Perlu Perbaiki Rasa Terlalu Pemikir dan Menghargai Perasaan Orang Lain
Cepat Mesra Dengan Leo
Perlu Belajar Daripada Libra
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Cancer
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Capricorn
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Sagittarius; Pisces
Warna Kesukaan Merah Gincu (carmine); Merah; Merah Marah
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Hijau; Hijau Jed
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Hijau
Batu Permata Jed
Logam Besi; Waja
Bau-bauan Bebuas; Bukit
Hari Terbaik Selasa




ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKAN


Ciri Positif


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.


Ciri Negatif


Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.


Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.


ARIES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) , GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) dan AQUARIUS ( 20 Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati – hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21 Disember – 19 Januari) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai).


Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries. Dengan sikapnya yang tenang; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri Jantan (Aries) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries. Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif, cerdas dan bijak. Dengan kematangannya Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius, Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.
Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun, Capricorn setia orangnya! Sebaliknya, anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap, Cancer mungkin murung berterusan. Walau bagaimana pun, Cancer jujur dan pelindung orangnya.


Sebagaimana SCORPIO ( 23 Oktober – 22 November ), Aries adalah lambang paling seksi. Orang kelahiran Aries nampak sahaja dingin dari segi luaran, tetapi apabila mendapat kesempatan, mereka akan “mengodam" pasangannya (Aries ) habis – habisan sebelum dia (Aries ) sempat bersedia! Lelaki dan perempuan Aries senantiasa memikirkan seks! Namun mereka cukup penyayang dan mudah pula terluka . Kalau pandai menjaga hatinya pasti kelahiran Aries akan meminta selalu.


ARIES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita – cita merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimanapun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan yang memuaskan! Namun, pada jangka pendek, tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis Aries. Lantaran itu, supaya berhasil ke puncak kerjaya, orang Aries perlu memperbaiki kualiti pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang. Pada umumnya, Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang semata – mata. Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.


ARIES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah (bos)! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas hal – ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan (isterinya). Manakala perempuan Aries pula akan cenderung untuk memerintah! Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli keluarganya. Dalam hal ini, Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda tidak semestinya suka terperap (terpenyap) di dalam rumah! Aries sukakan kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada keseluruhannya, Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama dan kuat di luar rumah.


Siapa Pisces (19 Feb - 20 Mac)
Monday, September 13, 2010 3:25 PM

PISCES SEPINTAS LALU

Lambang Ikan
Kunci Kata Cinta Sejagat
Kekuatan Penerimaan dan Persefahaman
Perlu Perbaiki Penumpuan
Cepat Mesra Dengan Cancer
Perlu Belajar Daripada Virgo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Gemini
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Sagittarius
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Aquarius dan/atau Scorpio
Warna Kesukaan Akuamarin dan/atau Hijau-Biru
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Batu Tanah; Kuning;Oren-Kuning
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Merah; Ungu
Batu Permata Permata Putih
Logam Bijih Timah
Bau-bauan Teratai
Hari Terbaik Khamis




PISCES : YANG SENSITIF

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.




Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.


PISCES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.


TAURUS ( 21 April – 20 Mei) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua – duanya sama – sama berpandangan kolot.


Sebaliknya, ARIES ( 21 Mac – 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta – minta buat anda. GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah boleh menyebabkan anda tersinggung.


Pisces adalah pemimpin dan hidup dalam dunia fantasi. Anda adalah lambang asmara dan menyenangi makan malam di bawah sinaran lilin dan muzik rentak perlahan. Walaupun Pisces romantik, atau begitu menyintai pasangan anda, namun anda tidak berupaya mengungkap perasaan itu kepada si dia. Tetapi, jangan bimbang, memang itu perangai anda!


PISCES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala – galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.


PISCES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.





Siapa GenINi (21 Mei - 20 Jun)
Monday, September 13, 2010 3:25 PM

GEMINI SEPINTAS LALU

Lambang Saudara Kembar
Kunci Kata Komunikasi
Kekuatan Wira Reka Bentuk dan Penerimaan
Perlu Perbaiki Hati Nurani
Cepat Mesra Dengan Libra
Perlu Belajar Daripada Sagittarius
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Virgo
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Pisces
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Taurus; Aquarius
Warna Kesukaan Biru; Kuning; Oren-Kuning
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Biru Langit
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Perang; Perak
Batu Permata Akik; Akuamarin
Logam Perak Cergas
Bau-bauan Gandaria (Lavender); Teratai Lembah
Hari Terbaik Rabu



GEMINI : YANG BEBAS

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak – anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura – pura.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.



GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.


Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda, manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.


Gemini, yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang, terutama Aries. Ketangkasan, kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries. Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini. Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini. Keperibadian Taurus yang kuat, matang dan sentiasa melindungi, dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .
Manakala, sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian. Namun, Cancer adalah jenis yang setia orangnya! Dengan Virgo yang dingin sifatnya, juga kurang sesuai bagi Gemini. Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.


Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi. Mudah sahaja mereka menganggap seks sebagai aktiviti yang membosankan. Tetapi, mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan mereka menyenangi perbualan.


GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini, anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik. Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan, pendidikan, perjualan dan kewartawanan. Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini, terkenal sebagai penyajak, pelukis, pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini, pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain. Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan. Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara. Oleh sebab itu, sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari. Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah; kekadang anda sangat ceria dengan wang, tetapi pada ketika yang lain, anda seolah – olah tidak mempedulikan wang! Pada keseluruhannya, matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.


GEMINI : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA


Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet. Anda cenderung supaya pasangan dan anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan. Jika ini tidak dipatuhi, anda mudah merungut dan mengkritik. Namun, orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah. Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan. Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas. Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan mesra dengan mereka. Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak, dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak – anak. Sesuai dengan pepatah ‘bapa borek anak rintik‘ , orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya.

Siapa CapriCorn (21 Disember hingga 19 Januari)
Monday, September 13, 2010 3:27 PM




CAPRICORN SEPINTAS LALU

Lambang Kambing
Kunci Kata Kejayaan
Kekuatan Keupayaan menukar mimpi menjadi kenyataan
Perlu Perbaiki Rasa simpati
Cepat Mesra Dengan Taurus
Perlu Belajar Daripada Cancer
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Aries
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Libra
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Virgo dan/atau Sagittarius
Warna Kesukaan Hitam dan/atau Biru Nila(Indigo)
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Perak dan/atau Ungu Tua (Puce)
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Biru Pekat
Batu Permata Oniks (mutiara) Hitam
Logam Plumbum
Bau-bauan Magnolia dan/atau pokok Pain
Hari Terbaik Sabtu





CAPRICORN : YANG POSESIF


Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.


Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.





CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan. Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.


Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23 September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.


Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.
Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.


Capricorn sentiasa menanti hubungan seks yang mendalam dan kerap beranggapan banyak pasangannya mudah mengecewakan keinginannya. Jauh di sudut hatinya, Capricorn bersedia meledak dengan keghairahan dan pasangan anda bernasib baik sekiranya anda dapat sama – sama menikmatinya. Capricorn sangat tradisional dan mengharapkan sahabat atau pasangannya memainkan peranan tertentu . Sekiranya dia perempuan, dia akan memasak dan mencuci. Sekiranya dia lelaki, dia akan membeli makanan dan soal cuci – mencuci tidak pernah terlintas dalam fikirannya.



CAPRICORN : KERJAYA DAN KEWANGAN


Capricorn memang bercita – cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.


Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda.


Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.



CAPRICORN : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA


Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak – anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.