Merpati sejoli

Thursday, May 26, 2011

kek alunan kasih..

5 Biji Telur
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
3 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
1 1/2 cwn planta @ 1 buku buttercup 250gm
Cara-cara

Pukul planta dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Monday, May 23, 2011

kek pisang..

1 cawan pisang - lenyek (pisang berangan)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kasar
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh garam
2 1/4 cawan tepung gandum
Cara-cara

Pukul telur dengan gula
Masukkan minyak masak
Masukkan pisang lenyek
Masukkan soda bikarbonat
Masukkan garam
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Gaul sebati dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45-50 minit

Sunday, May 22, 2011

kek coklat moist ..

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
Cara-cara

Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

Wednesday, May 11, 2011

cendol..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara

masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit
sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Monday, May 9, 2011

apam gula hangus ..

Bahan-bahan ( ramai sgt boleh makan,maklumla kecik2.. )
1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
1 cawan majerin @ mentega
11/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan tepung gandum
1cawan susu cair @ bancuhan susu tepung
1 sudu makan soda bicarbonate.
Cara-cara

masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair & jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat.
masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung,gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.
panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.
sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.